Search This Blog

Friday, March 16, 2012

Telur Kukus Air Ala Cina

Bahan-Bahannya :
2 biji telur ayam
1 1/2 mangkuk air
Sedikit minyak bijan
3/4 sudu besar minyak masak
Sedikit Garam
Sedikit serbuk lada putih / pepper
Lebih sedikit bawang goreng (preferable buat sendiri)
Lebih sedikit daun bawang dipotong dan dihiris macam biasa

Cara Penyediaan :
Sediakan satu mangkuk kaca yang boleh menampong cecair
1. Pukul telur ayam dalam satu mangkuk kecil sehingga berbuih.
2. Tambahkan air sebanyak 1 1/2 mangkuk bersama telur yang telah
dipukul tadi dan tuangkan ke dalam mangkuk kaca yang telah disediakan diatas tadi.
3. Masukkan lada putih / pepper.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan setitik minyak bijan, kemudian kacau rata-rata.
6. Sebelum kukus, masukkan minyak masak ke dalam, sekarang akan
kelihatan minyak akan menampong di bahagian atas.

* Kekurangan air boleh menyebabkan telur itu kelihatan keras dan berkedut.
** Berlebihan air boleh menyebabkan telur itu tidak enak/tawar serta tidak menyelerakan.

Cara Memasak :
1. Masak air sehingga didih dalam satu periuk / bekas dan masukkan potstand didalamnya (apabila air telah mendidih, perlahankan api (kawal api) ke peringkat sederhana perlahan). Air tidak seharusnya lebih tinggi dari potstand tersebut.
2. Kemudian masukkan dan letakkan mangkuk yang siap berisi telur tadi ke atas potstand, tutup tudung dan kukus.
3. Jaga api, kukus dalam lingkungan 3 - 4 minit sahaja dan buka tudung periuk lihat samada ianya telah pejal dan sebati. Biasanya bahagian tepi akan mula pejal dan diikuti bahagian tengah. Tutup periuk semula dan tunggu sampai keseluruhan permukaan telur tadi kelihatan masak dan licin seperti Tau Fu Far, terus tutup api. Jangan tunggu lama kerana temp. dalam mangkuk boleh menyebabkan telur itu over cook dan rasa amat tidak sedap nanti.
* Tidak boleh kukus lebih dari 5 minit atau ianya akan jadi berkedut, kering dan hodoh! Paling lama 5 minit atau sempurna pejal, licin dan cantik, terus angkat dan jangan tunggu lama-lama.
1. Hidangkan, taburkan daun bawang serta bawang goreng ke atas permukaan telur yang telah masak dikukus.
2. Jika anda gagal memasaknya buat kali pertama, tidak apa dan cuba lagi... sememangnya resipi ini simple tapi amat menguji kemampuan/kepantasan tukang masak !!!

NOTE :
Anda boleh tambah daging ayam cincang (yang telah diperap dengan sedikit kicap cair) atau telur kuning masin ke dalamnya sebelum mengkukus, itu biasa dilakukan oleh kaum cina. Hasilnya seperti puding berisi daging tetapi tidak manis seperti puding! Belum cuba belum tahu, sekali cuba selalu buat!
Jika dimasak dengan sempurna dan berjaya, resipi ini diberi jaminan keenakannya !

2 comments:

Unknown said...

Saya minat sangat telur kukus..mudah dan simple lagi sihat

Unknown said...

Hmm selain tu boleh di makan dgn ape ye?