Search This Blog

Friday, March 16, 2012

Masakan cina 9


WanTan

Bahan-bahan ( terpulang kepada berapa kulitnya... dan size dia )

Isi ayam - kalau boleh dicincang harus
Udang - jua dicincang halus
Isi Ketam - Yang dijual dalam pek - jua dicincang halus
sedikit lada putih
sedikit garam
Sedikit kicap
Sedikit tepung jagung - utk lembutkan isi ayam (kalau bhg dada)
Yang paling penting .... kulit WAN TAN itu... Boleh di dapati di supermarket2.... macam kulit popia... tapi warna dia kuning dan size nya kecil

Cara-cara

ayam + udang + isi ketam dicincang halus... (lagi halus lagi sedap)

Campurkan semua perasa2 yang ada..... ikut selera masing2

Biarkan bahan2 diatas diperap dalam ais box 30 minit...

gunakan sudu teh.. (kecil) isikan bahan2 di tengah2 kulit itu, jangan banyak... dalam
1 sudu cukup.. kalau tak waktu goreng pecah.. tak cantik

isikan dan lipat segi 3.

selepas bungkus... disusun rapi dan taburkan sedikit tepung di atas.. (supaya dia tak lekat antara satu sama lain)

Wantan ini lebih sesuai dimasak selepas bungkus... so dia fresh..

Boleh di simpam dlm ais box.. tapi pls pastikan bukan frozen and mesti di susun rapi kalau tak dia akan lekat antara satu sama lain

Sedap digoreng... (dengan api yang perlahan)
atau di sup.... tapi pastikan sup biasa....
pasal ini style masakan cina... so sup dia pun simple
air... stock ayam... lobak merak.... sayur sawi.... cendawan... selepas didih... tambah wantan satu per satu... bila kulit wantan tu ubah jadi putih atau terapung siaplah

No comments: