Search This Blog

Friday, March 16, 2012

32 bit vs 64 bit: Perbezaan Sistem dan Kelebihan



komputer sekarang menggunakan processor 32-bit. Banyak aplikasi yang menggunakan platform 32-bit mampu berfungsi dalam 64-bit tetapi aplikasi yang menggunakan platform 64-bit kemungkinan tidak boleh berfungsi dalam 32-bit.
Sistem 32bit versus 64bit

Sebagai permulaan, mari kita lihat terlebih dahulu asas kepada unit pemprosesan dan bagaimana boleh wujudnya teknologi ini. Dalam sesebuah komputer, terdapat beberapa elemen yang penting untuk mewujudkan fungsi unit pemprosesan. Salah satunya adalah bas data (data bus). Ianya bukanlah sebuah bas seperti yang selalu kita nampak tetapi ia bertindak sebagai pembawa maklumat atau data (pengangkutan data). Secara asasnya, ia menyediakan sambungan antara unit pemprosesan, unit ingatan dan beberapa unit lain bagi membolehkan komputer bertindak seolah-olah berfikir. Data-data akan dihantar menerusinya melalui aliran tenaga elektrik. Dalam unit 32bit, saiz penghantaran setiap data adalah sebesar 32-bits yang bergantung kepada keluasan atau ruang penghantaran. Manakala sistem 64bit mempunyai keupayaan dua kali ganda berbanding sistem tradisional. Berupaya untuk memproses maklumat dua kali lebih pantas. Sungguhpun begitu, bagi mencapai tahap pemprosesan optimum, unit pemprosesan memerlukan ruangan yang lebih besar supaya data yang dihantar dua kali ganda banyaknya dapat diproses serentak. Oleh sebab itu, wujudnya multi-pemprosesan dalam satu unit (multi core processor).
Sistem Operasi 64bit (Operating system)

Teknologi ini tidak akan sempurna sekiranya perisian sistem operasi yang digunakan tidak menyokongnya. Sekarang jika anda lihat, terdapat pilihan di mana setiap sistem operasi dikeluarkan dalam versi 32bit atau 64bit. Corak pengendalian data dan pemacu perisian (driver software) perlu serasi dengan perkakas. Seandainya anda menggunakan versi yang berlainan, contohnya Windows 32bit pada komputer 64bit, kadar pemprosesan akan dilakukan pada tahap 32bit sahaja.
Siapa yang perlu menggunakan sistem 64bit?
Adalah lebih tepat saya katakan "Siapa yang akan mendapat kepuasan dengan sistem 64bit?". Jawapan adalah golongan ahli perniagaan, universiti, kumpulan saintifik dan tidak ketinggalan pihak kerajaan. Kebiasaanya golongan ini melakukan kerja-kerja seperti suntingan video, reka bentuk grafik, penghasilan perisian dan banyak lagi. Namun bagi pengguna biasa (home user), penggunaan sistem 64bit kadang kala merugikan anda kerana anda tidak mungkin akan merasai kelebihannya. Aktiviti seperti pemprosesan teks, pengiraan tabular jadual (excel spreadsheet) dan melayari internet tidak memerlukan tahap pemprosesan yang begitu tinggi. Anda boleh menggunakan simpanan kewangan untuk mendapatkan perkakasan lain yang lebih bermutu seperti ruangan cakera keras dan kekuatan memori yang lebih tinggi. Tahukah anda perbezaan CPU 32-bit(x86) dan 64-bit(x64)? Perbezaannya adalah dari segi memori. 64-bit mampu menampung lebih banyak RAM berbanding 32-bit. Apa maksud 32-bit dan 64-bit? Seperti yang kita tahu komputer hanya faham 0 dan 1, ia dipanggil nombor binari. 2^32 = 4,294,967,296. CPU 32-bit hanya boleh guna RAM sebanyak 4GB sahaja. Kalau 64-bit korang boleh kira sendiri.

No comments: