Search This Blog

Friday, March 16, 2012

Masakan cina 6






Pan Mee

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan tepung gandum
1 biji telur kecil
Secubit garam
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan buat satu lubang kat tengah. Masukkan garam dan telur.

Masukkan minyak dan air. Uli sehingga jadi doh yang agak licin, lebih kurang 5 minit. Kalau guna telur yg besar, air boleh dikurangkan sikit. Doh ni lebih keras berbanding dgn doh untuk roti.

Bahagikan doh kepada 4 bola kecil supaya senang nak ambil nanti. Tutup degan plastic wrap dan diketepikan. Sementara itu, sediakan sup. Selalu I masak ni degan Sup Salad.

Jangan masukkan sayur awal2, lepas masuk mee baru masukkan sayur.

Bila sup dah didih, kecilkan api. Ambil satu biji doh dan tarik macam dalam gambar.

Ketebalan bergantung kepada citarasa masing2. Untuk pertama kali masak ni, cubalah buat yg tebal dan nipis... rasa dulu baru tau mana satu yg suka.

Buat kepingan kecil dan terus masukkan ke dalam sup. Ulang sampai habis. Lepas tu, masukkan sayur dan fishball atau bahan2 lain. Bila mee dah masak akan timbul kat permukaan sup.

Bila dihidangkan, taburkan sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng kat atas. Makan dgn cili padi dan kicap cair... boleh juga bubuh sedikit bawang putih dalam kicap cair.

No comments: