Search This Blog

Friday, March 19, 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

KAHERAH:

Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP

Wednesday, March 3, 2010

manusia akhir zaman!!


MBUCUTA, MOZAMBIK 2Mac 2010- "Salah seorang pemuda ditemui dalam keadaan telanjang dan sedang memegang kepala kambing. Sementara seorang lainnya sedang melakukan hubungan seks dengan binatang tersebut," menurut laporan Radio Mozambik, seperti dikutip News.com.au, Selasa (2/3/2010). Hakim wilayah yang menangani kes unik ini, Leonides Mapasse menyatakan, kedua pemuda kemungkinan besar akan menghadapi pengadilan atas tuduhan perlakuan tidak senonoh. Sementara pemilik kambing sendiri ingin menuntut secara rasmi mengenai kes ini. Bukan itu sahaja, pemilik kambing itu juga menuntut kedua pemuda itu membayar kerugian sekaligus melakukan tradisi pengganti pernikahan yang disebut "Lobolo". Tradisi membayar sejumlah wang atas tindakan perkosaan yang telah mereka lakukan. Sementara itu, seorang peternak mengeluh apabila kambing miliknya telah dirogol oleh dua orang pemuda di dikampungnya. Insiden yang terjadi di wilayah pinggiran kota Mbucuta, Mozambik membuat heboh berita di kota tersebut.
masyaallah!!

rilek!!





































penawar denggi

SUP KETAM PENAWAR DENGGI?

Terkini: Alhamdulillah, dengan izin Allah sedara saya telah pun keluar dari hospital 5 hari dok spital. Platelet turun dr 148 - 120 - 61 - 60 dan naik 100 selepas mula minum sup ketam, dan bacaan semakin naik. Ini suratan atau kebetulan? Selain sup ketam, mesti minum banyak air masak. sedara saya juga minum jeli gamat, air 100 Plus, jus manggis dll...

Dah penat bercerita pasal politik tanahair yang tidak ada sudahnya, sesekali nak menyentuh pasal denggi sebab seorang saudara sedang dijangkiti demam denggi. Nak cari info penawar denggi sebab doktor kata denggi tidak ada ubatnya, rawatannya cuma masuk air dalam badan dan juga minum banyak air. Kalau platelet turun bawah 20,000 unit, kena masuk darah. Selain dari itu, ramai yang bagi petua untuk mengurangkan demam denggi antaranya minum sup ketam, minum air 100 Plus, air kiwi, jus jambu, jus tembikai, makan Transfer Faktor (TF) dan lain-lain.Di samping ikut nasihat doktor, tidak ada ruginya kalau nak mencuba petua tersebut :


PENGENALANMenurut Wikipedia, Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda dan gejalaDemam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy) .

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau serangga juga boleh membantu.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.


Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit
1)Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2)Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3)Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4)Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi



kesimpulan

Jadi, wabak ini memang tidak boleh dipandang ringan. Kalau ada air bertakung di sekeliling rumah silalah bersihkan ya. Nyamuk suka air bersih. Lagi satu, jangan pakai satu jenis penyembur nyamuk dalam tempoh masa yang lama kerana nyamuk-nyamuk ni dah pergi sekolah. Dia boleh immune kalau bau yang sama saja. Kalau minggu ni pakai Ridsect, minggu depan pakai pulak Fumakilla, minggu depan lagi satu pakai pulak Bygon. Tukar-tukar. Di samping membunuh nyamuk, kita hendaklah adil dan saksama kepada pengeluar-pengeluar penyembur nyamuk. Hiks!



KETAM – PENAWAR DEMAM DENGGI ?

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini . Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. .

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi mendapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

MAKLUMAT
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet). Nilai platelet yang rendah menyebabkan pendarahan, sementara kalau tinggi daripada normal boleh menyebabkan darah menjadi beku dan salur darah tersumbat seperti dalam kes stroke.

NILAI NORMAL PLATELET : 150,000 HINGGA 450,000 per μl (microliter) darah (150–450 x 109/L).

tembaga klasik

Tembaga klasik--



tawaran bermula dari serendah rm30!!


tawarn bermula dari serendah rm20!!




tawaran bermula dari serendah rm20!!
sila e mail ke fishbone_prod5@yahoo.com

Tuesday, March 2, 2010

cuaca panas!!

KEADAAN CUACA PANAS DAN KERING DI MALAYSIA (Dikeluarkan pada 5:00 petang, 23 Februari 2010)















cuci mata



















gay!!

Kisah gay di Malaysia

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya.

Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu.

Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, Awang difahamkan, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground.

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Awang tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Awang sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Lebih mengganggu fikiran Awang ialah musibah apa yang bakal menanti kita jika fenomena homoseksual ini sudah tidak terbendung?