Search This Blog

Friday, March 16, 2012

Pendrive jadi RAM?


Jadikan Pendrive Sebagai RAM

ikuti langkah-langkah dibawah

1. Masukkan pendrive pada port USB..

(Pendrive mestilah bersaiz 1GB..kalau 4GB lebih baik atau keatas)


2. Klik kanan pada 'My Computer'..


3. Klik 'Properties'..


4. Klik 'Advanced'..


5. Klik 'Settings' pada bahagian 'Performance'


6. Klik 'Advanced'..


7. Klik 'Change' pada 'Virtual Memory'..


8. Pilih memori yang ada pada pendrive anda..


9. Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik 'OK'..


10. Restart PC anda..selesai!


11. Untuk pengguna Windows 7, anda boleh terus memilih fungsi 'ReadyBoost' yang terletak pada 'My Computer' dngn menggunakan pendrive 2.0

SELAMAT MENCUBA ;))nie tutorial utk window 7:http://www.youtube.com/watch?v=uyAmLYn_oYA&feature=youtu.be

Tips nak warnakan dalam chat facebook


Copy dan paste je kat chat book


DIBAWAH INI ADALAH KOD HURUF/ALPHABETH

[[244961858909298]] = huruf A
[[344113652270150]] = B
[[344991278847613]] = C
[[164461493653696]] = D
[[196752423751220]] = E
[[301630573215430]] = F
[[251496118250464]] = G
[[266394220086654]] = H
[[164866556948132]] = I
[[180599335371968]] = J
[[209067005843651]] = K
[[238594039545396]] = L
[[147702285338528]] = M
[[309221402452022]] = N
[[180901405340714]] = O
[[246506925416551]] = P
[[333343613344059]] = Q
[[123128367803569]] = R
[[316143388416019]] = S
[[334073456605673]] = T
[[199626093460643]] = U
[[224202614323263]] = V
[[336032459740792]] = W
[[205228226232732]] = X
[[142420399202282]] = Y
[[157919817645224]] = Z

DIBAWAH INI ADALAH KOD ICON

[[243344945733611]] = Repost
[[mahochat]] = Maho
[[203443053077888]]= I Love Kaskus
[[205827876172490]] = Bingung
[[261018420628968]] = Thumbs
[[328740787138287]] = Nope
[[296027833771776]] = Capede
[[311851138846391]] = Alay
[[guengakak]] = Ngakak
[[171108522930776]] = trollface
[[foreveralonecomics]] = forever alone.
[[MegustaMeMe]] = Me Gusta.
[[149333368464171]] = Yao.
[[145768898802324]] = FUUUUUU.
[[168456309878025]] = LoL.
[[FapFapFapFap.B]] = Fap Fap Fap Fap.
[[106043532814443]] = Y U NO.
[[214457085240151]] = Nothing to do here.
[[129627277060203]] = Poker Face.
[[160723207280093]] = Are you f*cking kidding me?
[[ChallengeAceptado]] = Challenge Accepted

DIBAWAH INI ADALAH KODE GAMBAR

[[252346194801306]] = RUMAH
[[266313623412267]] = PINGWIN LINUX
[[191560730921873]] = LOGO GOOGLE CHROME
[[182809565135565]] = LOGO GOOGLE ++
[[242070735843795]] = LOGO SNAPTU
[[266910496686186]] = LOGO WINDOWS
[[258958334142268]] = LOGO ANDROID
[[google]] = LOGO GOOGLE
[[h4hah]] = SAYA SENDIRI

DIBAWAH INI ADALAH KOD ICON YANG LAIN

[[249199828481201]] - Konata Izumi
[[250128751720149]] - Domo Kun
[[223328504409723]] - Gintoki Sakata
[[236147243124900]] - Pokeball
[[326134990738733]] - Pikachu
[[155393057897143]] - Doraemon
[[224502284290679]] - Nobita
[[144685078974802]] - Mojacko
[[334954663181745]] - Spongebob
[[196431117116365]] - Shin chan
[[148935948523684]] - Pedo Bear
[[yahoo]]
[[google]]
[[facebook]]
[[kaskus]]
[[amazon]]
[[youtube]]
[[googlechrome]]
[[opera]]
[[internetexplorer]]
[[flock]]
[[microsoft]]
[[microsoftword]]
[[microsoftexcel]]
[[microsoftpowerpoint]]
[[megaxus]]
[[grandchase]]
[[history]]
[[sony]]
[[nokia]]
[[telkomsel]]
[[windows]]
[[transformer]]
[[itones]]
[[photosop]]
[[142318662481784]] = Victorbook
[[131763186925449]] = Uksw

[[140145309347027]] = Topi

I LOVE YOU :
Code:
[[164866556948132]] [[238594039545396]] [[180901405340714]] [[224202614323263]] [[196752423751220]] [[142420399202282]] [[180901405340714]] [[199626093460643]]

cubalah...

Apakah yang di maksudkan dengan spam

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Jenis spam
Beberapa jenis spam adalah:


Spam e-mel
Spam chat
Spam forum
Spam SMS


Sejarah


Istilah "spam" dipercayai berasal dari sketsa Monty Python yang bertajuk "SPAM". Ia adalah mengenai sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging lunceon SPAM.


Sesetengah orang pula menyatakan yang "spam" adalah singkatan untuk Stupid Pointless Annoying Message, dari segi bahasa adalah 'Pesanan yang Bodoh, Tidak munasabah, dan Menjengkelkan'. Walau bagaimanapun, kepanjangan ini adalah bukan sesuatu yang piawai kerana terdapat banyak lagi kepanjangan yang digunakan oleh para pengguna internet untuk merujuk kepada spam
......................................................................................
spam ialah satu perbuatan melakukan iklan sesuka hati tanpa melakukannya di tempat yang sepatutnya. Tujuan spam adalah untuk melakukan promosi dan menyuruh orang klik pada iklan CPC (Cost Per Click) supaya keuntungan maksima dapat dihasilkan.


Kalau anda menghantar email yang mengandungi iklan CPC pada orang yang tidak dikenali, sama seperti anda masuk rumah orang tanpa diundang dan terus menceritakan kepada tuan rumah tentang produk anda

20 rahsia win XP



1. Sebelum ni Windows tak tunjukkan secara detail informasi dari sistem yang sedang bekerja, namun semenjak kemunculan Windows XP, hal ini sudah tidak berlaku lagi. Kita boleh perasan secara detailnya informasi tentang sistem yang sekarang ni dok buat beberapa langkah mudah yaitu, : Cuba buka [Command Prompt] pada menu [Accessories] dari button [Start]–>[All Programs], pastu korang klik ’systeminfo’. Pada layar akan tersaji banyak informasi yang berguna tentang komputer korang termasuk ‘uptime’. Kalau korang nak simpan informasi tersebut, klik ’systeminfo > info.txt’. Command ni akan menghasilkan file info.txt yang dapat korang baca menggunakan Notepad. (WindowsXP Professional)

2. Korang boleh delete sebuah file secara langsung tanpa harus menyimpan terlebih dahulu di[Recycle Bin]. Klik [Start], lalu klik [Run...], kemudian klik ‘gpedit.msc’. Pastu pilih [User Configuration]–>[Administrative Templates]–>[Windows Components]–>[Windows Explorer], pastu pilih ‘Do not move deleted files to the Recycle Bin’. Selain fungsi ini, korang boleh buat banyak fungsi di gpedit, cuma kena jaga-jaga…takut tersilap langkah komputer korang boleh jadi corrupt pulak. (WindowsXP Professional).

3. Korang boleh Lock Windows XP hanya dengan dua klik mouse. Nape?Tak percaya ke? try buat shortcut baru di desktop dengan menggunakan klik kanan dari mouse. Isikan perintah‘rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation’ pada column lokasi. Namakan shortcut itu ikut sedap korang. Setelah shortcut itu menampakkan diri di desktop, klik 2 kali, nah komputer anda akan terkunci. Cara lain adalah dengan menekan button Windows dan L pada keyboard secara bersamaan..aku rasa cara ni paling cepat dan cara ni la yg aku selalu guna.

4. Windows XP dengan sengaja dan tanpa merasa berdosa menyembunyikan beberapa program sistem yang sebahagiannya mungkin korang tak perlukan. Salah satu program yang sempat saya bahas adalah Windows Messenger. Untuk memunculkan kembali program hindden itu, try gunakan Notepad untuk buat file sysoc.inf yang ada di direktori /windows/inf/. Kemudian cari kata ‘hide’ pada setiap baris program, pastu delete. Setelah menyimpan kembali file tersebut, pergilah ke [Add or Remove Programs] pada [Control Panel], pilih[Add/Remove Windows Components]. Disana akan nampak semua program yang sebelumnya hidden.

5. Kalau korang suka main-main dengan file Batch via DOS, Windows XP ada banyakcommand yang menarik. Command ini termasuk ‘eventcreate’ dan ‘eventtriggers’ untuk mengamati system events. V‘typeperf’ untuk memonitor performance dari sistem,’schtasks’ untuk menangani task. Seperti biasa, akhirilah setiap command dengan /? untuk mendapatkan option tambahan.

6. Windows XP dan provided IP versi 6atau IPv6 (generasi selanjutnya dari IP). SayangnyaIPv6 ini lebih banyak diimplementasikan pada ISP, hanya komputer yang disambungkan denganLAN je yang boleh guna ip nih. Klik ‘ipv6 install’ pada [Run...] (Senang je, proses ini tidak akan mengacaukan sistem LAN korang). kepals tu type ‘ipv6 /?’ pada baris command untuk mendapatkan option tambahan. Kalau korang tak reti buat…aku laaaagilah tak reti hahahaha tak penting pun…tak best kan?.

7. Korang boleh hentikankan beberapa task yang sedang aktif pada sistem dengan commanddi command prompt (biasanya kita menggunakan task manager, atau lebih tepatctrl+alt+del..). taip ‘taskkill /pid’ lalu nombor task, atau ‘tskill’ diikuti nombor/nama process. Untuk mengetahui nombor task atau nama process, taip ‘tasklist’, command ini juga memberikan informasi tentang condition sistem korang pada masa itu.

8. Windows XP akan tunju file Zip seperti sebuah folder. Cara ni tentu lebih senang dipakai bila spec komputer korang power. Tapi bila komputer korang termasuk golongan ‘celeron’ alias kuno bin lambat, korang boleh off fungsi ini dengan taip ‘regsvr32 /u zipfldr.dll’ padacommand prompt. Jika korang ingin restore system tu tadi taip ‘regsvr32 zipfldr.dll’.

9. XP ada ClearType (Sebuah teknologi anti-aliasing font baru dari Microsoft). Sayangnya fungsi ini tidak aktif secara default. Untuk mengaktifkan fungsi ClearType, klik kanan pada desktop, pilih [Properties]–>[Appearance]–>[Effects], lalu pilih ClearType pada menu drop down kedua, selanjutnya klik OK. Hasil yang signifikan dari feature ini terutama boleh nampak pada screen laptop. Jika korang menginginkan ClearType juga muncul pada screen login, cuba lakukan perubahan pada registry berikut [HKEY_USERS/.DEFAULT/Control Panel/Desktop/FontSmoothingType to 2].

10. Korang tentu pernah menggunakan remote [Remote Assistance] untuk membantu kengkawan yang menggunakan NAT (Network Address Translation) dalam network yang sama di rumah, tetapi iai tidak aktif secara otomatik. Cuba suruh kengkawan korang hantar emel invite Remote Assistance, dan simpan file tersebut. Di bawah attribute RCTICKET ialah IP-nya NAT, contoh 192.168.1.10. Ganti IP tu dengan IP yang gunakan skarang. Pastikan juga kengkawan korang membuka port 3389. Lepas tu silakanlah meneruskan aktiviti tolong menolong…sharing is caring.
11. Korang boleh run sesatu program dengan pengguna atau user yang berbeza tanpa harus melakukan seremonial logging out dan logging in. Klik kanan ikon dari program tersebut, lalu pilih [Run As...]. Masukan user name dan password yang ingin korang korbankan eh gunakan. Trick ini akan sangat berguna bila korang berada di office ,korang nak guna ID administratoruntuk menginstall suatu program. Catatan : Aku tak bertanggungjawab dengan sebarang corruption yang akan berlaku pada pc korang heheheheehh

12. Windows XP boleh dikatakan cerewet dalam hal memaksa korang untuk melakukan auto updates, registrasi Passport, menggunakan Windows Messenger dan lain lain. Paksaan ini muncul berupa baloon tips di sudut kanan bawah toolbars korang. Untuk menghapuskan belon huduh tu dari muka Windows, cuba run [Regedit], lalu masuk keHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/Current Version/Explorer/Advanced, buatlah DWORD value dengan nama EnableBalloonTipsdan beri nilai 0.

13. Korang boleh run Windows tanpa harus mengisi user name atau password terlebih dahulu. Klik [Run...], taip ‘control userpasswords2′, yang akan membuka aplikasi akaun user. Pada tab [Users], delete pada Users Must Enter A User Name And Password To Use This Computer, klik OK. Pastu akan muncul window log on, masukan user name dan password dari akaun yang akan anda gunakan.

14. Internet Explorer 6 akan delete temporary files hanya bila anda menyuruhnya. Jalankan browser Internet Explorer, pilih [Tools]–>[Internet Options...]–>[Advanced], alihkan pandangan ke bawah pada [Security area], lalu isikan pada Empty Temporary Internet Files folder when browser is closed.

15. Windows XP memiliki kemampuan untuk appear animasi/ikon yang menujukkan netowrk sedang aktif. Berguna pada korang bila lihat tak ada lampu yang berkedip kedip di ikon network . Klik kanan [My Network Places] pada desktop, lalu pilih [Properties]. Klik kanan pada deskripsi dari LAN korang, pilih [Properties],isikan ruang pada Show icon in notification area when connected. Sekarang korang akan melihat ikon network muncul di sudut kanan toolbar kat desktop bila network sedang aktif melakukan transfer data.

16. Adakah start menu korang kekadang lembab nak appear program yang korang nak klik? Untuk mempercepatnya, korang boleh mengubah registry [HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop/MenuShowDelay] dari 400 ke jumlah yang lebih kecil seperti 0.

17. Korang boleh rename banyak file dalam satu folder hanya dengan beberapa langkah mudah. Drag sejumlah file yang akan diubah namanya, klik kanan salah satu folder, pastu ubah nama file tersebut sesuai dengan keinginan korang, tekan [Enter]. Semua file yang dipilih tadi akan berubah namanya sesuai dengan nama pilihan anda, dan dibelakangnya terdapat nombor khusus untuk membezakannya.

18. Windows Media Player akan appear cover dari album artis yang sedang dimainkannya, apabila gambar cover tersebut ditemukan di internet. Jika takda , korang boleh guna pic fevret korang.taip je nama nama folder.jpg pic tersebut disimpan dan letak dalam satu folder dengan track lagu yang dimainkan maka Windows Media Player akan appearkan gambar tersebut.

19. Button [Windows] + [Break] kalau ditekan akan appear [System Properties], button[Windows] + [D] akan appearkan Desktop, button [Windows] + [Tab] untuk berpindah pindah program aktif yang ada taskbar. Ni pun aku biasa buat sejak guna windows 98 lagi huhuhuhu.

20. Pengganti Windows XP adalah Windows Vista yang sebelumnya diberi nama Longhorn.Windows ini memberikan feature tambahan dari Windows XP yang boleh di godek dan diupgrade Mengapa? Windows Vista aku gerenti tidak akan mampu power sama dengan Windows Xp di komputer aku yang kuno ni hehehehe.

32 bit vs 64 bit: Perbezaan Sistem dan Kelebihan



komputer sekarang menggunakan processor 32-bit. Banyak aplikasi yang menggunakan platform 32-bit mampu berfungsi dalam 64-bit tetapi aplikasi yang menggunakan platform 64-bit kemungkinan tidak boleh berfungsi dalam 32-bit.
Sistem 32bit versus 64bit

Sebagai permulaan, mari kita lihat terlebih dahulu asas kepada unit pemprosesan dan bagaimana boleh wujudnya teknologi ini. Dalam sesebuah komputer, terdapat beberapa elemen yang penting untuk mewujudkan fungsi unit pemprosesan. Salah satunya adalah bas data (data bus). Ianya bukanlah sebuah bas seperti yang selalu kita nampak tetapi ia bertindak sebagai pembawa maklumat atau data (pengangkutan data). Secara asasnya, ia menyediakan sambungan antara unit pemprosesan, unit ingatan dan beberapa unit lain bagi membolehkan komputer bertindak seolah-olah berfikir. Data-data akan dihantar menerusinya melalui aliran tenaga elektrik. Dalam unit 32bit, saiz penghantaran setiap data adalah sebesar 32-bits yang bergantung kepada keluasan atau ruang penghantaran. Manakala sistem 64bit mempunyai keupayaan dua kali ganda berbanding sistem tradisional. Berupaya untuk memproses maklumat dua kali lebih pantas. Sungguhpun begitu, bagi mencapai tahap pemprosesan optimum, unit pemprosesan memerlukan ruangan yang lebih besar supaya data yang dihantar dua kali ganda banyaknya dapat diproses serentak. Oleh sebab itu, wujudnya multi-pemprosesan dalam satu unit (multi core processor).
Sistem Operasi 64bit (Operating system)

Teknologi ini tidak akan sempurna sekiranya perisian sistem operasi yang digunakan tidak menyokongnya. Sekarang jika anda lihat, terdapat pilihan di mana setiap sistem operasi dikeluarkan dalam versi 32bit atau 64bit. Corak pengendalian data dan pemacu perisian (driver software) perlu serasi dengan perkakas. Seandainya anda menggunakan versi yang berlainan, contohnya Windows 32bit pada komputer 64bit, kadar pemprosesan akan dilakukan pada tahap 32bit sahaja.
Siapa yang perlu menggunakan sistem 64bit?
Adalah lebih tepat saya katakan "Siapa yang akan mendapat kepuasan dengan sistem 64bit?". Jawapan adalah golongan ahli perniagaan, universiti, kumpulan saintifik dan tidak ketinggalan pihak kerajaan. Kebiasaanya golongan ini melakukan kerja-kerja seperti suntingan video, reka bentuk grafik, penghasilan perisian dan banyak lagi. Namun bagi pengguna biasa (home user), penggunaan sistem 64bit kadang kala merugikan anda kerana anda tidak mungkin akan merasai kelebihannya. Aktiviti seperti pemprosesan teks, pengiraan tabular jadual (excel spreadsheet) dan melayari internet tidak memerlukan tahap pemprosesan yang begitu tinggi. Anda boleh menggunakan simpanan kewangan untuk mendapatkan perkakasan lain yang lebih bermutu seperti ruangan cakera keras dan kekuatan memori yang lebih tinggi. Tahukah anda perbezaan CPU 32-bit(x86) dan 64-bit(x64)? Perbezaannya adalah dari segi memori. 64-bit mampu menampung lebih banyak RAM berbanding 32-bit. Apa maksud 32-bit dan 64-bit? Seperti yang kita tahu komputer hanya faham 0 dan 1, ia dipanggil nombor binari. 2^32 = 4,294,967,296. CPU 32-bit hanya boleh guna RAM sebanyak 4GB sahaja. Kalau 64-bit korang boleh kira sendiri.

Tukar Icon pada Pendrive

Apa yang perlu buat :

1. Bukak notepad
2. Copy kod dibawah

[autorun]
icon=myicon.ico


3. Save fail tersebut kepada autorun.inf
4. Sekarang cari icon (.ico), sebaiknya yang bersaiz 128×128
5. Copy icon anda kedalam pendrive dan namakannya sebagai myicon.ico

* Anda boleh namakan apa saja nama yang anda mahukan tetapi jangan lupa untuk mengubah nama icon di file autorun.inf

6. Keluarkan pendrive anda masukkannya kembali. Sekarang anda dapat melihat icon pada pendrive anda sudah bertukar.

Anda boleh menghiddenkan file autorun.inf dan myicon.ico dengan right-click pada file tersebut dan pilih properties. Akhir sekali tick pada hidden dan tekan apply.

* Virus yang menyebar melalui pendrive selalu memiliki sendiri file autorun.inf. Jadi, jika virus telah menyebar dalam pendrive anda, maka autorun.inf akan digantikan oleh virus’ s autorun.inf file icon dan icon anda tidak akan muncul. Sebaiknya anda lebih berhati-hati supaya tidak double-click pendrive tersebut.

Monday, March 12, 2012

Mengenali Prof. Hamka


Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Mungkin ramai yang kurang mengenali siapa yang bernama itu. Namun, jika digelarkan dengan Prof. Hamka sudah pasti semua tahu dan mengenali dirinya. Beliau cukup terkenal dengan karya-karya agungnya terutama sekali seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Falsafah Ketuhanan, Falsafah Hidup dan Merantau Ke Deli.

Beliau telah dilahirkan pada 17 Februari 1908 di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia dan merupakan anak lelaki kepada Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau.

Hamka adalah seorang yang bijak dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga seorang yang rajin membaca dan sering bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia pada masa tersebut iaitu Kerajaan Suharto. Keputusan itu adalah cerminan sikap yang bertanggungjawabnya yang tidak mahu umat Islam terjerumus dalam kesesatan.

Pada zaman pemerintahan Sukarno, Hamka telah berani mengeluarkan fatwa bahawa haram hukunya bagi Sukarno menikah lagi, kerana presiden tersebut telah mempunyai beberapa orang isteri. Kebetulan pada masa tersebut, ia termasuk tokoh Islam yang berani menentang sikap pemerintah yang begitu rapat dengan Parti Komunis Indonesia (PKI). Menurut Hamka, PKI adalah parti yang membahayakan keselamatan kehidupan beragama di negara ini, kerana komunis tidak mengakui adanya Tuhan. Atas ketegasannya itu, beliau telah meringkuk di penjara bersama tokoh Masyumi dan PSI kerana fitnah pertubuhan LEKRA, pimpinan Pramoedya Ananta Toer. Namun demikian, beliau tidak pun berdendam terhadap Sukarno. Terbukti ketika Bung Karno wafat, Hamka yang dilantik menjadi imam solat jenazahnya.

Selain dikenali sebagai ulama berkarisma, Hamka terkenal sebagai seorang pujangga termasyhur. Sejak berusia 17 tahun, beliau sudah menulis novel bertajuk Siti Rabiah. Aktiviti penulisannya itu ditentang oleh keluarganya. Sebab, sebagai seorang putera ulama besar, Hj. Abdul Karim Amrullah, kesukaannya menulis novel itu dianggap satu aib. Namun Hamka meneruskan kegemarannya itu untuk mencari jati dirinya dan berusaha keluar dari bayangan kemasyuran ayahnya. Pada usia 30-an, beliau seolah-olah tidak meminati untuk menceburkan diri dalam kegiatan keagamaan dan menjadi seorang ulama, meski beliau sendiri termasuk pendakwah muda Muhammadiyah di bandar Medan. Beliau seolah-olah lebih berminat dengan bidang penulisan dan kewartawanan. Melalui majalah Pedoman Masyarakat, ia banyak mengupas berkenaan ilmu-ilmu Islam sehingga ia dibukukan dengan tajuk Tasawuf Moden yakni karyanya yang popular masa sekarang. Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (10 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura.

Sebagai seorang intelektual yang hidup pada zaman perjuangan merebut kemerdekaan, Hamka pada tahun 1955 turut terbabit dengan dunia politik. Ia aktif dalam parti Masyumi. Namun, perjalanan politiknya turut berakhir apabila parti Masyumi, diharamkan oleh Sukarno.Setelah itu Hamka kembali kepada dunianya, iaitu dunia penulisan. Ia kemudian menubuhkan majalah baru, iaitu majalah Panji Masyarakat. Pada masa ini, tulisan Hamka yang memperoleh Doktor Honoris Causa dari Universiti Al Azhar Mesir pada tahun 1958 ini sudah lebih banyak berupa kajian-kajian ke Islaman yang mencakupi seluruh bidang. Pada masa ini pula, penanya berjaya melahirkan karya agungnya, Tafsir Al-Azhar. Yang hebatnya, tafsir ini berjaya diselesaikannya tatkala ia meringkuk di dalam penjara (1964).

Dalam banyak hal, Hamka dikenali sebagai seorang yang moderat. Paling tidak dari cara dia menyampaikan sesuatu yang selalu menampakkan hati dan fikiran berjalan seirama. Ia tidak pernah mengeluarkan kata-kata keras, atau kasar dalam berkomunikasi. Peribadi ini sudah ia tunjukkan dari sejak muda lagi. Ia lebih suka memilih menulis novel atau cerpen dalam menyampaikan panduan Islam. Hamka yang bergelar Datuk In Domo dalam suku Minang ini mengakui bahawa memang dia menjadi lebih moderat ketika usianya semakin bertambah.”Ketika buku yang saya baca baru lima buah, saya cepat sekali menyimpulkan satu hal mengenai agama dan beremosi, tetapi ketika buku yang saya baca sudah lima puluh, saya menjadi lebih faham, dan tidak berasa perlu bersikap seperti itu,” katanya suatu ketika.Namun begitu, bukan bermakna ia kehilangan sikap tegasnya. Ketika ia berasa umat kehilangan pedoman, ia kemudian mengeluarkan fatwa Natal tahun 1981 yang amat menggemparkan itu. Ia terpaksa mengambil sikap tidak sehaluan dengan pemerintah demi menjaga kesucian Islam. Meski keluar dari MUI, Hamka tetap menjadi tokoh ulama yang berpengaruh dan berkarisma. Fatwa dan nasihatnya tetap dinantikan oleh masyarakat. Ia juga tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan kepada pendakwah-pendakwah muda. Sampai akhir hayatnya, melalui majalah Panji Masyarakat, ulama yang lahir di Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat ini tetap memberikan siraman rohani kepada umat Islam yang haus dengan nasihat-nasihatnya melalui tulisan-tulisannya dalam majalah berkenaan.Hamka meninggalkan pelbagai karya penulisan yang popular. Karyanya yang dibukukan berjumlah lebih kurang 118 buah, tidak termasuk pelbagai tulisan yang dimuat di pelbagai media massa. Tulisan-tulisannya meliputi pelbagai bidang kajian: politik, sejarah, budaya, akhlak, dan ilmu-ilmu keislaman. Pada 24 Julai 1981, ulama serba boleh ini menemui Tuhannya. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar yang sukar dicari pengganti sehingga ke hari ini.

Sumber : Mohd Azrul Azlan Abd Hamid dan Zana(http://mesejabdul.wordpress.com)

Antara petikan Hamka

“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”

"Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras."

“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya."

“Diribut runduklah padi
Dicupak datuk Temenggung
Hidup kalau tidak berbudi
Duduk tegak kemari canggung

Tegak rumah karena sendi
Runtuh budi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa"
.
"Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya."

“Positif, bukan negatif. Aktif, bukan pasif.”

"Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir."

"Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan."

"“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.”

“Hujung akal itu fikir, pangkal agama itu zikir”

"Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati."

"Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu."

"Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru."

"Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya."

"Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama."

"Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama."

"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya."

"Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama."

"gama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa."

"Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang."

"Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur. "

"Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat."

"Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia"

"Apabila sempuran akal, kurang perkataan."

"Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. "

"Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun."

"Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. "

"Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang."

"Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga."

"Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu."

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya. "

"Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya."