Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

Paris Hilton masuk Islam!!!!! betui ke?






Paris Hilton telah masuk islam,perkara ini disahkan oleh Ian Brinkham iaitu jurucakap Paris pada CBS News.

“Dia memikirkan hal tersebut sejak lama dulu dan ketika ia dipenjara di Pemulihan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia telah menemui beberapa orang yang memeluk islam ” Ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan berfoya-foya.

Ketika bercakap dari pusat Islam di Jeddah, ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.. “

Hilton akan kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang glamour itu.

“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yg wajib dianuti. dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga akan mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’. sebuah kata dalam bahasa Arab yang bererti’murni, atau suci’.

Sekolah Islamnya akan dimulai pada bulan Julai akan datang dan pastinya akan terpaksa mencuri tumpuan artis Hollywood lain.

TemanHidup@yahoogroups.com

Paris Hilton masuk Islam



Paris Hilton masuk Islam??.. Palsu je tuh..Kalau betul,Alhamdulillah..
ini gambar Paris Hilton pakai tudung..sweet kan..
macam anak patung..Lady Gaga kalau pakai tudung pun cantik taw..
Tapi,semuanya palsu lepas kantoi gambar ni diedit



guna software..dush,down kejap..baru nak rasa bangga kan..erm..
Sebenarnya berita tentang penukaran agamanya adalah rekaan saja..
akhbar The Daily Squib suka sangat reka cita..


from http://kringg.blogspot.com






tetapi,berita palsu tentang penukaran agama cepat tersebar melalui
blogger,facebook dan twitter..


kesimpulannya,
jangan mudah percaya dengan khabar angin yang belum tentu kesahihannya..
Kalau benar Paris Hilton masuk Islam,Alhamdulillah,,semoga sentiasa mendapat rahmat-Nya..
kalau palsu,sama-sama kita doa supaya dia juga mendapat hidayah dari-Nya..

gelisah


sesuatu pekara yang baru
membuatkan hati ku berdebar
kerana perjalan hdup itu membosankan.
terlalu perit untuk dijinjing ,
air mata hati tetap mengalir,
jauh dari bahasa minda.

diasah asah tetap tumpul,
selama ini terhenti kerana sang kelembai
sekarang pandangan ku berbeza
tirai senja sudah berlabuh
padahal masih belum puas bernafas

kesenangan berdiri belum puas
lantaran hati sentiasa gelisah.
lantaran emas yang dikandung
tercicir di jalanan

fishbone<;>><

tekanan




dalam pemikiran kita,
terlalu bnyak
perbezaan pendapat.
kalau di ukur
akal sejengkal tak sehebat
dengan akal orang bijak pandai.
kerana akal kita sering
terpedaya dengan nafsu.
Dialah raja dan kepuasan kita

dalam keberanian kita
adalah ego semata mata.
kerana kepentingan buat
ku terasa bahagia.
tapi yang nyata adalah gelap

lenggang seolah olah berterusan.
tiada terganti dengan siang.
terpencil di padang tandus,
tiada angin,air ...
seolah olah diriku terbuang

bilakah maut ingin menjemput ku!!
supaya terlepas dari seksa ini.
Nasib ku sama dengan toto dan magnum
yang diorang beli setiap hari..
ahhh mengarut...

fishbone<;>><

jom rilek










Mai

singgah ke keruh(pengkalan hulu),
jangan lupa singgah ke kedai
zaen art 013-5076050..
beliau seorang insan seni
yg cukup istimewa...cubalah..gerainya berhampiran
dengan setesen bas pengkalan hulu

tiada kembali






Nasib kita,
Dihempas dan dijulang
Dengan kata yang indah
Dengan apa dari apa
Yang hilang dan sengsara


Di saat kehilangan
Aku terus menyepi
terus mencari
Yang tinggal hanyalah
bayang bayang sendiri
Tiada kembali,
Perginya harta
yang tiada ganti,
Emas di julang
nyawa tiada ganti,
Sepi seorang perjuang,
juang hingga kering titisan
Dalam hati penuh harapan,
agar pulang dalam kenangan

Tidak kembali,
Biarlah angin berbicara
Pokok dan daun mengikut iramanya,
dalam saksi rindu.
Kerana pergi takan kembali.....
Kerana sesungguhnya,
ku redha atasnya.
Ia milik yang satu
segala puji atasnya
kerana perjalanan ini
semakin hampir....Wallahualam...

fishbone<;>><

Monday, April 19, 2010

Luahan Qri

Luahan Qri

Di belantara sepi ini
Tiada arah ku tuju
Mana haluan
Mana impian
Terkurung sepi
Sepi yang tiada berpenghujung
Bagai malam tiada rembun
Ditusuk duri tajam
Sampai bilakah akan ku temui
Ke jalan halaman sentosa
Agar aku dapat
Mengecapi hidup yang damai
Sebening air di muara

Kalau kau datang kepada ku
Ku hanya memiliki hati yang gersang
Tiada berpenghuni
Manakah mungkin ku bersamamu
Ku hanya perindu luka
Yang menumpang di sudut untuk seketika
Sampai waktu ku pulang jua
Hanya satu ku pinta
Maafkan aku mengganggu
Emosi hati mu
Ku tahu siapa diriku
Maafkan ku..
Biarkan aku di sini
Menanti sisa-sisa
Waktu terindah
Dalam khayalanku

Sepinya di senja ini
Ku syairkan lagu ini
Untuk dirimu
Mendamaikan senjakala ini
Ingin ku hiaskan senja nan merah ini
Dengan pelangi rinduku
Yang tiada bewarna lagiKu ukirkan nama mu
Dihatiku
Didasar yang tiada kesudahan
Dan bernoktahKu sirami kasih ku
Dengan tujukan lautan
Yang tiada berpenghujung
Sampai akhir nanti
Kau tetap ku nanti

Kehadiran dirimu
Umpama cahaya
Mentari menyinari kegelapan
Di jiwa sanubari
Menerangi kegelapan
Bagai rembulan
Di malam hari
Sesejuk bayu senja kala ini
Memendam bara yang menyala
Pada mu kasih
Ku selami lautan rindu
Yang tiada berdasar
Mestikah aku
Tenggelam
Dilautan
Rindu yang tidak berdasar dan berhuruf

Dalam lautan sepi ini
Luka ku kian kembali
Untuk membalut luka ku ini
Yang pergi seakan
Tiada hari lagi
Masa silih berganti
Malam bertukar siang
Siang bertukar malam
Pada lautan rindu ku
Ku ingin manaiki bahtera hati
Ada ku kau sudi
Menyambut tangan ku
Yang hampir lemas
Di lautan luka ini