Search This Blog

Saturday, May 5, 2012

Kos sara hidup Malaysia melonjak - inflasi, lihat perbandingan!

Roti gardenia di Malaysia berharga RM3.00, Roti gardenia di England pula berharga £0.59 Jika kita convert dengan duit Malaysia, sudah tentulah harga roti gardenia di England ialah RM2.88 tapi jangan terkejut info yang saya hendak beritahu bahawa, di England rendah inflasinya. Tak percaya? Mari saya buktikan... 1. Kerja car wash di Malaysia mendapat gaji RM600 manakala di England pula £400. Ok, sekarang kita convert matwang England tadi, hasilnya kita mendapati bahawa kerja car wash di England gajinya RM1,954.28 wahh.. banyaknya. 2. Dengan roti yang berharga £0.59, pekerja carwash boleh makan roti setiap hari sebungkus selama sebulan dengan £17.00 (kalau convert wang Malaysia = RM83.05). Ini bermakna pekerja carwash england ada baki £383.00 manakala pekerja car wash Malaysia pula makan roti setiap hari sebungkus selama sebulan dengan belanja RM90.00 dan ini bermakna pekerja car wash Malaysia ada baki RM510.00 3. Sewa rumah di england yang termurah ialah £100.00 ini bermakna pekerja tadi ada baki £283.00 Sewa rumah termurah di Malaysia ialah RM250.00. Baki yang ada tinggal RM260. 4. Rujuk http://www.creditplus.co.uk/, Kereta Proton Impian (Waja) 1.6, deposit £1000.00 kereta second hand bayaran bulanan di England adalah £100 selama 5 tahun, ini bermakna pekerja tadi ada baki £183.00 di Malaysia proton Waja 2nd hand bayarannya muka RM1000, bayaran bulanan RM290 selama 7 tahun, bermakna pekerja carwash ada baki -RM30. Wah, berhutang pula RM30 sedangkan pekerja carwash england masih ada £183.00 5. Jadi, kesimpulannya inflasi Malaysia terlalu tinggi. Pekerja car wash di Malaysia wajib dibayar gaji RM1,954.28 dan bukannya RM600 kerana kos sara hidup Malaysia terlalu mahal!!! Saya bagi contoh pekerja car wash sebab kalau bagi contoh pekerja kilang, nanti pekerja kilang terasa.. takut mereka buat piket aman pula.. oleh :paparanku