Search This Blog

Friday, April 13, 2012

kata kata indah dari hamka


*Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan

*Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang

*Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu adalah sahabatmu

*Kesenangan hidup akan memperbanyakkan teman, tetapi persahabatan yang setia adalah ketika menempuh kesukaran

*Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.




*Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

*Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah ditanya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, selidikilah apa sebab dia susah

*Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, ia ibarat engkau memeberikannya kepada diri sendiri

*Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

*Teman yang ’ berudang di balik batu’ ibarat anjing di tepi jalan, yang ditujui hanyalah tulang yang akan dilemparkan, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

*Cemburu perempuan kepada perempuan, akan memutuskan tali persahabatan

*Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, itu petanda umurmu telah lepas dari zaman bercinta


sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/10/mutiara-kata-hamka-edisi-persahabatan.html#ixzz1rzDJF0My

kata kata indah dari hamka


Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan


Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi


Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula


Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik


Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi


Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yang
tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu
bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita


Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng


Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka
berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu


Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan
keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat
daripadanya


Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman ke mana pun kita pergi, bersinarlah suasana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, malah semuanya dapat diatasi

kata kata indah dari hamka


Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

kata kata indah hamka


'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.

Saturday, April 7, 2012